[Malay] Favourite Malay Book-to-Drama Adaptations

malay dramas
Hi everyone. I have been meaning to do this post since months and months ago but somehow I forgot about it. I don’t know why though, I think this post is quite interesting because duh hello drama Melayu k! I want your feedback so please comment on this post so we can talk about Malay dramas and fangirl together (squeals!)

First of, my favourite Malay author is Aisya Sofea. Kalau you minat baca novel cintan cintun and you tak pernah baca novel Aisya Sofea, what are you doing with your life? I suka gaya penulisan dia, I suka semua novel dia sebab jalan cerita dia semuanya realistik. I rasa I ada hampir semua novel dia.

Novel yang paaaaaaling I suka and I dah khatam (don’t fret I dah khatam Quran juga ok) banyak kali dah tentunya Adam & Hawa dengan Sehangat Asmara. Best nak mampus! I habiskan Sehangat Asmara dalam 6 jam je ok! Masa tu I rasa I darjah 5 or 6 kot and bulan puasa masa tu. I duduk dalam bilik nenek I sebab hari tu we all buka puasa rumah dia dari pukul 1 pm sampai 7 pm habiskan novel tu.

Hero dalam novel Aisya Sofea kan, semuanya yang berpelajaran tinggi TETAPI bukan CEO company besar yang belajar dekat UK kena paksa kahwin dengan gadis miskin yang mak mertua tak suka sebab nak jodohkan anak dia yang handsome belajar dekat UK tu dengan calon menantu yang jahat lagi seksi.

Kalau ada pun novel dia yang plot macam tu, only part mak mertua je but itu pun tak over and bukan mak mertua jahat nak mampus kalah mak tiri Bawang Putih Bawang Merah drama Indonesia tu. Sebab inilah I suka Aisya Sofea! I rasa macam I heroine novel tu. Serious feeling gila!

Banyak juga drama adaptasi novel sekarang ni kan lagi-lagi drama pukul 7 tu. Mostly not bad lah drama-drama tu but not my cup of tea. Generic sangat, I bosan. Lepastu hero tak handsome hahahahahahahahaha hero tu memainkan peranan penting. Dulu I lagi teruk kot, kalau hero dia bukan Aaron Aziz, Adi Putra or Remy Ishak, I taknak tengok. I suka feeling kalau hero dia celebrity crush I. Kalau bukan crush I, mehhhhh lemau je.

Adam & Hawa – Aisya Sofea

Ain Hawani, zaman solonya ternoktah pada usia remaja. Hanya kerana silap perhitungan, timbul prasangkaburuk, mentebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat. Rayuannya tidak dipedulikan. Lelaki itu pun diam membisu, seolah-olah benar apa yang berlaku. Akhirnya, ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri ini hanya tertulis di atas kertas sahaja. Ain yang kecewa, pergi jauh mencari harga diri. Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi. Setiap saat rindunya terus melimpah. Namun Ain tidak pernah berpaling melihat cinta yang mekar di hatinya. Ah..Adam pasrah! Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah lapan tahun pergi dan menanti, Ain dan Adam dipertemukan di depan pintu Majidilharam. Bagi Adam, kebetulan ini memang didoakan sekian lama. Ain pula terus membenci dan menganggap ikatan mereka sudah terputus. Hanya lafaz Adam yang ditunggu. Tapi tegarkah Ain?

Sejak petemuan itu, hati Ain terbolak-balik. Nafasnya bagai berombak, perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam. Benarkah dalam hati ada cinta? Tapi keegoannya cuba menidakkan. Ingin diluah, mulut tak terkata. Ingin disimpan hati tak tertanggung.

Bagi Adam, dia tetap menanti Hawanya biarpun lapan tahun lagi….

Bayangkan perasaan I macam mana bila I dapat tahu novel favourite I akan jadi drama! Drama ni ditayangkan di Astro a few years ago and satu family duduk depan TV tunggu drama ni start. Tak silap I, drama ni 20 minutes for each episode. Ada la dalam 80 episodes kot. DISEBABKAN DRAMA INILAH I NAK HUSBAND PILOT TAU! Masih terbayang-bayang lagi Adam Mukhriz walaupun dah 10 tahun sejak I baca novel ni…

Sehangat Asmara – Aisya Sofea (link)

Kamilia Najwa & Zainal Arief. Pandang pertama mereka memutikkan cinta dan berakhir dengan perkahwinan di Australia tanpa restu keluarga. Namun, badai asmara mereka sentiasa membakar di sebuah bilik kecil dengan janji sehidup semati.

Kebahagiaan mereka tiba-tiba terhenti! Zainal terpaksa pulang ke tanah air dengan janji akan kembali lagi. Sejak itu hingga menginjak sembilan tahun lamanya, Zainal tidak pernah pulang sedangkan Kamilia terus menanti dengan air mata dan sengsara.

Tanpa diduga, Zainal muncul kembali. Datangnya untuk menuntut Misya, anak comel yang selama ini disembunyikan oleh Kamilia. Dendam kesumat Kamilia terhadap Zainal tidak pernah padam. Anehnya, dendam rindunya terhadap lelaki itu lebih kuat dan mengusik perasaannya.

Benarkah dia membenci lelaki itu? Dan hipokritkah Zainal bila menyatakan hanya Kamilia seorang di hatinya….

Clean-shaven lawyer Adi Putra in suit and glasses I mean apa lagi yang anda mahukan daripada hero drama Melayu T.T I suka part Zainal dengan Kay dah jumpa balik after 8 tahun and Zainal dapat tahu dia ada anak. Dia non-stop kacau Kay sebab dia nak jumpa anak dia and oh my god feeling gila tengok! And drama ni tiada second heroine seksi dan jahat so jangan risau, anda tidak akan sakit hati macam nak hempas laptop anda ke lantai.

Nora Elena (Kasih Yang Suci) – Meen Zulaikha (link)

Sepuluh tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru…

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

“Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua.” tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya… Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa… saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti.

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH I SUKA GILA DENGAN AARON AZIZ NI. Nak husband macam Seth Tan tapi exclude part kena rogol tu. This was the first drama I tengok yang I rasa best gila and lepas drama ni, terus melambak drama adaptasi buku kat Malaysia ni. Dah 5 tahun since drama ni tayang kat TV3 pukul 7 tu and I still rewatch it kadang-kadang bila teringat.

Obsesi – Abdul Rahim Awang

Lelaki tampan, kaya dan berketurunan diraja seharusnya tidak menghadapi masalah mencari pasangan hidup, tetapi Tengku Azzudin dicarikan jodoh oleh ibunya, mengapa? Suriati tidak bermadu, tetapi masih terpaksa bersaing untuk mendapatkan kasih sayang suaminya. Mengapa?

This is my favourite novel of all time. Novel ni bukan setakat love story je tau, but ada elemen bunuh-bunuh and penyiasatan jenayah macam tu. Really interesting! Drama ni keluar tahun 2008 so I rasa I baca novel ni lagi awal daripada 2008. Serious best! But I tak tahu nak tengok drama ni balik kat mana. I tried to find the link but everything’s broken.

Kau Laksana Bulan – Aina Emir (link)

Dunia penulisan yang diterokai, merenyahkan perjalanan hidupnya. Terlalu banyak ‘kejadian’ yang membebankan semangan untuk teruskan kerjaya.

Pun begitu, dunia percintaannya tidak mudah seperti diharapkan. Ibunya mahu melihat ADRIANNA berkahwin cepat, namun harapan dan impian tidak pernah terjadi seperti yang direncanakan. Walaupun sudah ada kriteria yang disusun rapi dalam hal memilih calon, malang baginya kerana sering terperangkap dalam bayangan yang dicipta.

SYAFIK merupakan cinta pertama, namun terputus buat seketika. Kini lelaki itu kembali mengetuk pintu hatinya.
RAZIF pula cinta kedua yang meninggalkan kesan perit dan sakit hinggakan hidupnya terumbang-ambing kecewa, seterusnya menutup ruang-ruang di hati untuk bercinta lagi.
FIRAS, pemuda yang berbeza karakter daripada kriteria yang ada. Dalam begitu, lelaki ini mampu menganggu konsentrasinya.

Akhir sekali, EIZLAN yang muncul secara misteri, dan kini mula menghantui hidupnya!

I suka drama ni sebab Zul Huzaimy. Dia bukanlah the type of hero drama yang wow handsome macho body tough camtu. He’s not but to me his character in this drama is very interesting. I suka scene Firas dengan Adrianna sebab the way he looks at Adrianna is to die for! Dia macam flirty, but bukan playboy. Very gentleman. I suka. So sekarang I nak tengok balik drama ni.


Sebenarnya ada banyak lagi tau novel yang I suka macam Kau Untukku, Uda & Dara, Yes, Boss!, Bicara Hati, and M.A.I.D yang dah jadi drama but they’re not in my list sebab plot dalam drama lemah atau pelakon tak berapa nak best. But I enjoy them nonetheless.

I ada dua novel yang I nak sangat jadi drama tapi disebabkan novel tu tak berapa nak famous, so drama producer pun taknak jadikan dorang drama, and they make Kimchi Untuk Awak instead. No hate though, just mehhh.

First is Kabus Kasih. Don’t be fooled by the rating. I baca novel ni banyak kali sebab best, dan juga sebab plot dia tak mengarut. Bayangkan you sayang gila dengan boyfriend you, sekali boyfriend you curang. Lepastu you rapat dengan lelaki baru and lelaki tu siap datang rumah parents you, and rupa-rupanya lelaki tu dah kahwin!

But ending dia, the girl kahwin dengan lelaki yang curang dengan dia. Dah berubah lah kot. Yang paling sedih, lelaki yang dah kahwin tu datang rumah perempuan tu nak jumpa dia, and perempuan tu dah pregnant. Dua-dua sedih 🙁

Second novel is Hati Seorang Wanita. The girl ni anak luar nikah mak ayah dia so dia macam tak rapat sangatlah dengan adik beradik dia yang lain. Boss tempat dia kerja tu berkenan sangat dengan Nurain, so dia nak jodohkan anak dia Zarul dengan Nurain ni. Anak dia playboy, kaki minum arak.

Dorang selalu gaduh lepas kahwin and mulut Zarul ni macam longkang so dia ungkit yang Nurain anak luar nikah and dorang cerai. But Zarul ni gila talak lah kiranya sebab cari balik Nurain. Something happened yang buatkan Zarul berubah jadi baik. So kena baca novel ni! Best.

Fuh panjang betul post ni. I hope you enjoyed and let me know what you think. Ada recommendation novel yang best and bukan cliche tak? Aaaaand what is your favourite book-to-drama adaptation?

Follow:
Share:
  • Siti rosmizah punya penulisan pun best jugak. Ain tak minat sgt dari buku jadi drama ni. Kennot brain. Smetime dat part sweet gila tpi bila dilakonkan mcm eyek? Hahahahah. Erin try baca karya Siti Rosmizah / cinta kau dan aku and andai itu takdirnya. Omg ain menangis2 kot baca novel dia. Mcm cinta kau dan aku tu lakonan sara ali dgn fizz fairuz mcm yek kan tapi best! Heheh

  • dah baca dah dua novel siti rosmizah tu. novel dia semua tebal tebal kan. kalau drama aisya sofea ni, takde geli geli eyek hahahahaha. best ke drama cinta kau dan aku tu? spoil sebab tak suka pelakon dia hahaha

  • Indah minat Melur Jelita punya novel 😀 Semua tebal tebal yet memang besttt (Y)

  • ada novel dia dekat rumah but tak pernah baca lagi, mak je baca and dia cakap best. rasanya i love you stupid dgn my precious iris. nanti nak try baca lah 🙂

  • Kasih yang suci memang best…my favorite novelist is Nurul Syahida sebab takde hero yang kaya bagai and biasa hero n heroin tu org biasa je..

  • yeke? tak pernah baca pulak novel from her. first time dengar ni

  • You should read Rin Ahmad's novels. They are the best, tak cliche plus lain dari yang lain. Kasih yang Suci is one of my favourite novel too, tak bosan even baca banyak kali 🙂

  • best ke? nanti i'll try cari 🙂

  • try baca Awak Suka Saya Tak? by Melur Jelita serious best!

  • rasanya ada novel tu. ok nanti ada masa i'll read it! 🙂

  • I dah lama tak baca novel melayu kot. Adam & Hawa tu mcm paling last baca >.>

  • i pun dah lama tak baca. novel sekarang mostly tajuk dia tak appealing langsung. novel yang dah lama keluar jugak yang best and still teringat sampai sekarang

  • Siqah suka novel melayu!! hehe. dulu selalu jugak beli, sekarang dah kurang sebab terlalu banyak novelllll. tak tahu eh mana best.. tajuk pun lebih kurang je dah haa.

    Kalau siqah suka Ramlee Awang Murshid, Fauziah Ashari, SIti Rosmizah, Aisya Sofea, SuriYana. Kalau novel Melur Jelita tebal sangat, ada satu tak habis baca sampai sekarang. hehe.

    Erin pernah baca novel Ramlee Awang Murshid ke? bukanlah novel cinta, genre sangat berbeza tapi best!:D

  • tak pernah try lg tapi pernah dgr. famous kan novel dia. nanti erin try la.